Tips cara-cara menguruskan hutang kad kredit secara efisyen
Kepada Pengguna kad kredit yang dihormati,
--> Adakah anda sedar bahawa kadar faedah yang ********* ke atas baki tertunggak anda(outstanding balance) ialah sebanyak 18% Setahun Atau 1.5% Sebulan?
--> Tahukah anda caj faedah yang ********* atas baki tertunggak anda dilakukan secara harian?
--> Adakah anda runsing memikirkan baki tertunggak anda di dalam akaun anda tidak tidak pernah habis-habis bayarannya walaupun anda membayarnya tiap-tiap bulan?
--> Jadi, mengapa anda tidak menyelesaikannya dengan cara yang mudah?
--> Tahukah anda ramai rakyat Malaysia muflis akibat hutang kredit kad?
Pada masa sekarang ini di mana harga minyak dan barangan naik, tetapi gaji masih di tahap tu juga telah menyebabkan permasalahan hutang kad kredit membebankan kita semua sebagai pengguna. Oleh sebab itu, saya cuba menyusun tips-tips mengenai cara-cara pengurusan kad kredit yang efisyen yang telah saya perolehi dan pelajari daripada pakar-pakar perunding kewangan serta pengalaman saya sendiri sebagai pekerja dan pemegang kad kredit.
Pengurusan hutang Kad Kredit (Debt Management)
Untuk menyelesaikan hutang kad kredit, anda boleh memilih antara tiga cara seperti di bawah :-
1 – Melalui pembiayaan semula pinjaman rumah anda
Jika nilai pasaran rumah anda sudah naik (biasanya selepas 2-3 tahun rumah siap sepenuhnya), anda mempunyai pilihan untuk menyusun semula pinjaman rumah anda melalui proses pembiayaan semula pinjaman (re-financing). Bukan sahaja anda boleh mengambil kesempatan ke atas pakej pinjaman yang menawarkan pakej pinjaman tanpa yuran guaman dan kadar faedah terendah sekarang, malahan duit lebihan yang didapati dari pembiayaan semula rumah anda boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang kad kredit tersebut.
Dengan mengumpul semua hutang kad kredit ke dalam satu akaun pinjaman rumah yang baru (debt consolidation), ia akan meringankan beban anda dari terpaksa pergi ke 4 - 5 bank sehari kepada 1 bank sahaja atau lebih mudah lagi, berurusan dengan 1 bank secara online/internet. Kadar faedah baru yang ********* juga lebih rendah iaitu 6.25% setahun berbanding kadar faedah kad kredit 18% - 21% setahun. Jadi, anda akan dapat menyelesaikan hutang kad kredit itu tadi dengan lebih cepat jika anda membayar pada jumlah yang sama, tetapi pada kadar faedah yang lebih murah berbanding dulu. Di sinilah penjimatan dari segi pembayaran faedah dapat dinikmati.
Bagi mereka yang mempunyai komitmen bulanan yang tinggi pula, mereka akan mendapati komitmen bulanan mereka kini berkurangan kerana hutang kad kredit tadi sudah diletakkan bersama hutang pinjaman rumah yang mempunyai kadar faedah lebih rendah. Cara ini memang berguna kepada mereka yang mempunyai baki aliran tunai yang negative (defisit) supaya mereka tidak menghadapi masalah kewangan dalam membuat pembayaran pinjaman di masa akan datang.
Walaubagaimana pun, anda dinasihatkan untuk tidak membiayai semula pinjaman rumah anda begitu sahaja, tanpa membuat perancangan kewangan yang sempurna. Ini kerana, walaupun anda memilih pinjaman rumah baru yang mempunyai kadar faedah lebih rendah, tempoh pinjaman rumah itu biasanya sangat lama dan ini akan menyebabkan anda menanggung jumlah faedah yang besar dalam jangka masa panjang jika anda tidak membuat pembayaran lebih.
Saya bersedia membantu anda untuk menguruskan pembiayaan semula pinjaman (re-financing) rumah anda dengan kadar keuntungan (profit rate) yang kompetitif.
2 – Melalui ansuran bulanan jika baki aliran tunai positif (surplus)
Jika anda tidak memiliki rumah yang sudah naik nilai pasarannya, tetapi mempunyai baki aliran tunai positif (ada lebihan wang yang tidak dibelanjakan setiap bulan), perkara utama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan Tabung Kecemasan antara RM 500 - RM 1,000 atau 1-2 bulan gaji, bergantung kepada keadaan kewangan dan keperluan anda. Ini untuk mengelakkan anda dari terlalu kerap membuat pengeluaran tunai dari kad kredit anda bagi menampung keperluan kecemasan dalam jumlah kecil seperti balik kampung, kereta rosak, demam biasa dan sebagainya. Tabung kecemasan ini boleh anda simpan di dalam saham unit amanah (unit trust), berbanding akaun simpanan bank yang biasanya hanya memberi pulangan keuntungan 1% – 2% setahun sahaja. Untuk risiko kehidupan yang lebih besar, anda dinasihatkan supaya memiliki insurans hayat (Takaful) atau insurans kad perubatan.
Gunakan lebihan wang yang anda tidak belanjakan itu, untuk membayar lebih kepada kad kredit yang mempunyai caj faedah yang lebih tinggi dari kad kredit lain. Contohnya, kad kredit konvensional mengenakan caj bulanan 1.5% berbanding kad kredit islamik 1.25% sebulan (Kad Kredit Al-Taslif AmBank).
Jika kad kredit anda mempunyai promosi caj faedah rendah untuk tempoh tertentu bagi pindahan baki dari kad kredit lain, gunakan ia untuk mengurangkan caj faedah yang anda perlu tanggung. Promosi sebegini sekarang sedang dijalankan oleh Kad Kredit Al-Taslif AmBank yang menggalakkan anda memind